Selasa | 27/10/2026 | 5:16:54 am
HomeNasionalUMNOSiswa desak kerajaan jelaskan pengganti AUKU, jangan sekadar tukar nama akta

UMNOSiswa desak kerajaan jelaskan pengganti AUKU, jangan sekadar tukar nama akta

KUALA LUMPUR – Pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) tidak seharusnya berakhir sebagai pengumuman politik semata-mata, sebaliknya kerajaan perlu mendedahkan dengan jelas kerangka undang-undang baharu yang bakal menggantikannya.

Presiden Kelab Mahasiswa UMNO Malaysia (UMNOSiswa), Ihsan Fiqri Mubin, berkata mahasiswa mahu melihat bukti pelaksanaan termasuk rang undang-undang sebenar dibentangkan dan dibahaskan secara telus di Parlimen, selain memastikan reformasi berkenaan benar-benar memperluas autonomi universiti serta kebebasan mahasiswa.

“Komitmen sebenar kerajaan hanya boleh dinilai melalui kandungan mekanisme yang bakal dibentangkan, bukan melalui pengumuman semata-mata,” katanya.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 27 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|