Selasa | 27/10/2026 | 12:14:52 am
HomeBelasungkawaSempat solat Zuhur dan berdoa lama, Farres Putra maut ketika perlumbaan Cub...

Sempat solat Zuhur dan berdoa lama, Farres Putra maut ketika perlumbaan Cub Prix

KUALA TERENGGANU – Pelumba muda CKJ Racing, Farres Putra Mohd Fadhil, 18, meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan ketika perlumbaan pusingan kelima PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix Championship di Litar Permotoran Gong Badak, Kuala Nerus, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata kemalangan berlaku ketika perlumbaan akhir kategori CP150 dan membabitkan tiga motosikal yang dipercayai bergesel sesama sendiri.

Menurutnya, kejadian berlaku pada pusingan pertama perlumbaan sebelum Farres yang mengalami kecederaan dibawa dengan ambulans ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 27 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|