Selasa | 06/10/2026 | 8:45:38 am
HomePendidikanMansuh AUKU jangan tergesa-gesa, sediakan kerangka lindungi mahasiswa dahulu - UMNO Siswa

Mansuh AUKU jangan tergesa-gesa, sediakan kerangka lindungi mahasiswa dahulu – UMNO Siswa

KUALA LUMPUR – Kerajaan didesak menyediakan kerangka perlindungan mahasiswa yang jelas sebelum meneruskan langkah memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), bagi memastikan kebebasan yang diberikan tidak mengorbankan kepentingan serta kebajikan golongan itu.

Jurucakap Perhimpunan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang mewakili UMNO Siswa Malaysia, Irfan Abid Shah Ahmad Suhaimi berkata, pemansuhan AUKU tidak seharusnya dilakukan semata-mata atas alasan memberikan kebebasan lebih luas kepada mahasiswa tanpa mekanisme pengganti yang menyeluruh.

Menurutnya, sehingga kini mahasiswa masih belum mendapat gambaran jelas mengenai kerangka yang bakal menggantikan peranan tertentu di bawah akta berkenaan.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 6 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|