Selasa | 06/10/2026 | 8:43:40 am
HomePolitikBN tak boleh lagi 'tangkap muat' calon, rakyat kini teliti setiap pemimpin...

BN tak boleh lagi ‘tangkap muat’ calon, rakyat kini teliti setiap pemimpin – Johari

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) tidak lagi boleh mengambil pendekatan ‘tangkap muat’ dalam mengetengahkan calon kerana setiap individu yang mahu menjadi pemimpin kini berdepan penelitian lebih ketat daripada rakyat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, perubahan landskap politik menuntut parti memastikan setiap pemimpin yang diketengahkan benar-benar bersedia untuk dinilai, bukan sahaja dari segi kemampuan memimpin, malah integriti dan prinsip yang dibawa.

“Kita bukan lagi macam dulu, kita boleh tangkap muat. Sekarang ini penelitian setiap daripada wakil yang mewakili parti, baik UMNO ataupun Barisan Nasional, mereka mesti meletakkan pemimpin-pemimpin yang bersedia untuk diteliti oleh mana-mana rakyat dalam negara.

Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITAhttps://portalmyberita.com/
Wartawan MYBERITA membawakan laporan berita semasa, nasional dan perkembangan terkini dari seluruh Malaysia dengan penyampaian yang pantas, tepat dan mudah difahami.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 6 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|