Selasa | 06/10/2026 | 7:38:07 am
HomeDuniaAisar Khaled didakwa gagal selesai tuntutan RM1.3 Juta, dilapor polis Indonesia

Aisar Khaled didakwa gagal selesai tuntutan RM1.3 Juta, dilapor polis Indonesia

JAKARTA – Tiga notis tuntutan yang didakwa tidak berjawab membawa kepada laporan polis terhadap pempengaruh Malaysia, Aisar Khaled berhubung pertikaian pelaburan bernilai kira-kira 5.7 bilion rupiah (RM1.3 juta).

Menurut laporan Tribunnews.com, laporan itu dibuat oleh wakil sebuah syarikat di Kepolisian Daerah Metropolitan Jakarta Raya (Polda Metro Jaya) pada Isnin selepas usaha menyelesaikan pertikaian berkenaan secara baik didakwa menemui jalan buntu.

Peguam syarikat terbabit, Machi Achmad berkata, pihaknya bertindak mewakili pelanggan dengan membuat laporan mengikut beberapa peruntukan Undang-Undang Nombor 1 Tahun 2023 mengenai Kitab Undang-Undang Hukum Pidana (KUHP).

Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
Penulis dan wartawan MYBERITA yang memberi perhatian kepada berita nasional, komuniti serta perkembangan semasa di seluruh negara.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 6 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|