\”Sejak muzik video dilancarkan, saya menerima banyak maklum balas daripada peminat dan pendengar muzik Malaysia, termasuk Mufti Wilayah Persekutuan. Ada yang memberikan komen positif, namun ada juga yang bimbang pendekatan seni saya ditafsir dengan cara yang salah,\” katanya.
Beliau turut mengakui bahawa tindakan tersebut adalah satu kekhilafan dan telah mengambil langkah untuk menurunkan MV asal Serumpun sebagai tanda akur terhadap teguran yang diberikan.
\”Saya mohon jutaan kemaafan dan sangat bersyukur berpeluang meminta maaf sebelum menyambut Syawal,\” katanya lagi.
Mimi menegaskan bahawa beliau tidak berniat untuk mempersendakan mana-mana pihak apabila mengenakan pakaian kurang sopan dalam MV tersebut.
\”Sebagai anak Melayu, bukan niat saya untuk menghina agama dan adat budaya. Saya akan memastikan setiap karya yang dihasilkan selepas ini lebih diterima, berkualiti, dan memberi makna mendalam kepada semua,\” ujar bekas anggota One Nation Emcees itu.
Dalam perkembangan berkaitan, Mimi bersyukur kerana pihak produksi bertindak pantas dalam menyelesaikan isu berkenaan dengan melakukan suntingan semula terhadap MV tersebut.
\”Kru produksi telah membuat olahan semula dan melancarkan kembali video muzik itu pada jam 11.11 pagi semalam. Saya berharap peminat terus mendengar Serumpun dan menghayati makna Aidilfitri menerusi lagu raya saya,\” katanya.
Sebelum ini, MV Serumpun dilaporkan hilang daripada YouTube pada Isnin lalu, sebelum dimuat naik semula dalam versi suntingan. Tinjauan mendapati dalam tempoh tidak sampai setengah jam, video muzik berkenaan menerima lebih 3,000 tontonan serta hampir seribu tanda suka.

