KA terharu, video masakan Ramadan cecah 500 Juta tontonan

KUALA LUMPUR – Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming, mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya yang setia mengikuti resipi juadah berbuka dan sahur yang dikongsikannya sepanjang Ramadan ini.

Dalam hantaran terbarunya, Khairul Aming menyifatkan kumpulan tahun ini sebagai paling mencabar apabila ramai pengikut mengadu resipi yang dicuba tidak menjadi. Namun, lebih daripada 25 resipi telah dikongsikan dan berjaya meraih tontonan mencecah 500 juta di pelbagai platform media sosial.

Beliau turut meluahkan rasa terharu melihat pelbagai lapisan masyarakat bersatu hati mencuba resipi yang dikongsikannya.

\”Selepas lapan tahun buat video masakan, tahun ini benar-benar menyentuh hati saya. Video masakan menyatukan semua orang tanpa mengira umur atau bangsa, semua masuk ke dapur untuk mencuba memasak,\” katanya.

Dengan lebih daripada setengah bilion tontonan, Khairul Aming mengakui tahun ini menjadi pencapaian terbesar dalam sejarah kandungan Ramadan yang dihasilkannya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan akan berehat seketika sebelum kembali aktif di media sosial.

\”Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk meriahkan bulan puasa anda semua. Saya undur diri dahulu untuk berehat. Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin,\” katanya.

BACA JUGA:  Freedom Flotilla: Tiga dron dikesan berlegar atas kapal Conscience
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...