KA terharu, video masakan Ramadan cecah 500 Juta tontonan

KONGSI

KUALA LUMPUR – Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming, mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya yang setia mengikuti resipi juadah berbuka dan sahur yang dikongsikannya sepanjang Ramadan ini.

Dalam hantaran terbarunya, Khairul Aming menyifatkan kumpulan tahun ini sebagai paling mencabar apabila ramai pengikut mengadu resipi yang dicuba tidak menjadi. Namun, lebih daripada 25 resipi telah dikongsikan dan berjaya meraih tontonan mencecah 500 juta di pelbagai platform media sosial.

Beliau turut meluahkan rasa terharu melihat pelbagai lapisan masyarakat bersatu hati mencuba resipi yang dikongsikannya.

ARTIKEL BERKAITAN