Ella, Kaka Azraff meriahkan Rentak Budaya 2026 di Kuala Lumpur

Ella, Kaka Azraff meriahkan Rentak Budaya 2026 di Kuala Lumpur
Acara yang turut berlangsung di River of Life, Kuala Lumpur itu bakal menghimpunkan pelbagai aktiviti seni, kebudayaan, warisan dan kraf menerusi pengisian interaktif yang boleh disertai pengunjung daripada pelbagai peringkat usia.
KONGSI

KUALA LUMPUR – Ratu Rock negara, Ella bakal menggegarkan pentas Padang Merbok sempena Rentak Budaya 2026 yang berlangsung selama tiga hari bermula 30 Oktober hingga 1 November ini, sekali gus menjanjikan gabungan persembahan artis popular dan keunikan seni tradisional tanah air.

Acara yang turut berlangsung di River of Life, Kuala Lumpur itu bakal menghimpunkan pelbagai aktiviti seni, kebudayaan, warisan dan kraf menerusi pengisian interaktif yang boleh disertai pengunjung daripada pelbagai peringkat usia.

Selain Ella, pentas utama di Padang Merbok yang dijadualkan bermula jam 8 malam turut menampilkan Kaka Azraff, Haziq Rosebi dan Rosma Sidek, selain persembahan Dikir Barat oleh Issey & Friends.

ARTIKEL BERKAITAN