Selasa | 27/10/2026 | 4:04:31 pm
HomeJenayahGraduan terbaik IPTA tersungkur akibat kes keldai akaun

Graduan terbaik IPTA tersungkur akibat kes keldai akaun

BATU PAHAT – Pernah mencatat pencapaian cemerlang sebagai penuntut terbaik sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Pulau Pinang, seorang graduan teknologi maklumat kini berdepan hukuman selepas mengaku bersalah terbabit dalam kegiatan keldai akaun.

Muhammad Haikal Izwani Muhamad Hakimi, 24, diperintahkan menjalani Perintah Kehadiran Wajib (PKW) selama dua jam sehari bagi tempoh sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Yong Peng selepas pengakuan salahnya direkodkan.

Keputusan itu dibuat Majistret Mustaqim Sukarno selepas mempertimbangkan pengakuan tertuduh selain rayuan dan hujahan yang dikemukakan kedua-dua pihak.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 27 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|