PMKS disaran manfaatkan insentif cukai Belanjawan 2027

PMKS disaran manfaatkan insentif cukai Belanjawan 2027
Pakar Percukaian dan Fellow Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Space Services, Dr. Mohd Fairuz A. Razak berkata, pelaporan cukai yang tepat penting bagi membolehkan peniaga mendapatkan Sijil Pematuhan Cukai (TCC), sekali gus memudahkan urusan permohonan bantuan, geran serta kemudahan pinjaman. - FOTO MYBERITA
KONGSI

KUALA LUMPUR – Tidak mempunyai cukai yang perlu dibayar bukan alasan untuk usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) mengabaikan pelaporan pendapatan kerana rekod percukaian yang teratur mampu membuka peluang lebih luas untuk mendapatkan bantuan kewangan dan geran perniagaan.

Pakar Percukaian dan Fellow Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Space Services, Dr. Mohd Fairuz A. Razak berkata, pelaporan cukai yang tepat penting bagi membolehkan peniaga mendapatkan Sijil Pematuhan Cukai (TCC), sekali gus memudahkan urusan permohonan bantuan, geran serta kemudahan pinjaman.

Menurutnya, pengurusan kewangan dan percukaian yang sistematik juga membolehkan usahawan memanfaatkan pelbagai insentif yang diperkenalkan menerusi Belanjawan 2027.

ARTIKEL BERKAITAN