Momen sederhana tetapi penuh kemesraan itu memperlihatkan kesungguhan seorang bapa mengabadikan kenangan bersama si kecil, sehingga mengundang senyuman ramai.
Lebih mencuit hati apabila isterinya turut melayan usikan warga maya mengenai gelagat suami yang begitu bersungguh-sungguh mengambil gambar anak berbanding ketika merakam gambar pasangan sendiri.
Seorang pengguna Threads, @zerra.h, berkongsi pengalaman hampir sama apabila suaminya lebih gemar mengambil gambar anak berbanding dirinya.
“Suami saya tak selfie pun dengan saya, tapi dengan anak pandai pula dia,” tulisnya.
Perkongsian itu dibalas pemilik hantaran dengan nada berseloroh apabila mengakui turut mengalami situasi sama.
“Allahu senasib. Kalau ada pun gambar kita, punyalah huduh kejadian,” balasnya.
Dalam pada itu, seorang lagi pengguna, @auracast.project, turut menghiburkan warga maya apabila membayangkan perbezaan reaksi seorang bapa ketika diminta mengambil gambar isteri dan anak.
“Babah bila mama minta gambar: ‘Dah, cukup lah tu.’ Babah bila Areeq duduk tepi pantai: ‘Jap, lighting tak cun lagi!’” selorohnya.
Komen berkenaan turut mendapat persetujuan pemilik hantaran yang terhibur dengan usikan tersebut.
Tidak kurang juga pengguna yang menyifatkan gelagat lelaki itu sebagai gambaran kasih sayang seorang ayah yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menggembirakan anak.
Malah, ada yang berseloroh bahawa kehadiran anak sememangnya mampu menjadikan seorang bapa lebih rajin dan kreatif, terutama apabila tiba masa merakam gambar kenangan.
Perkongsian tersebut bukan sahaja menghiburkan warga maya, malah memperlihatkan bagaimana detik kecil bersama keluarga mampu mencipta kenangan indah yang penuh dengan kasih sayang, gelak tawa dan kebahagiaan. – THREADS
View on Threads









