Selasa | 27/10/2026 | 12:43:26 am
HomePendidikanLebih 3,000 meriahkan OLEK KITO 4.0 PPD Seremban

Lebih 3,000 meriahkan OLEK KITO 4.0 PPD Seremban

SEREMBAN – Suasana di pusat beli-belah Seremban Prima pada Sabtu bertukar meriah apabila lebih 3,000 pengunjung membanjiri ruang legar utama sempena Program Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seremban 2025 atau lebih dikenali sebagai Organisasi Lebih Efektif & Kondusif Kesejahteraan Institusi Teguh Optimistik (OLEK KITO 4.0).

Program yang berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 6 petang itu mengetengahkan pelbagai pengisian menarik termasuk lebih 30 persembahan murid dan guru dari sekolah rendah serta menengah di daerah Seremban, selain penyertaan lebih 40 pempamer daripada agensi kerajaan, swasta dan sekolah-sekolah terpilih.

Pegawai Pendidikan Daerah Seremban, Norazam Nayan, berkata penganjuran program tersebut merupakan wadah penting untuk mendekatkan sekolah dengan komuniti, di samping memperlihatkan hasil usaha pendidikan yang dijalankan sepanjang tahun.

Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITAhttps://portalmyberita.com/
Wartawan MYBERITA membawakan laporan berita semasa, nasional dan perkembangan terkini dari seluruh Malaysia dengan penyampaian yang pantas, tepat dan mudah difahami.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 27 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|