Selasa | 27/10/2026 | 1:46:49 pm
HomeSukanBola SepakKontroversi Mao Zedong, dua jenama China putus hubungan dengan Mbappe

Kontroversi Mao Zedong, dua jenama China putus hubungan dengan Mbappe

BEIJING – Gara-gara video tular yang didakwa memaparkan dirinya bergurau mengenai bekas pemimpin China, Mao Zedong, bintang Real Madrid, Kylian Mbappe menerima tamparan hebat apabila dua jenama utama negara itu bertindak menamatkan kerjasama penajaan dengannya serta-merta.

Kontroversi berkenaan tercetus selepas rakaman video yang tersebar di internet memaparkan penyerang Perancis berusia 27 tahun itu berkongsi mengenai meme paling melucukan pernah dilihatnya, sekali gus mencetuskan kemarahan dalam kalangan pengguna media sosial China.

Dalam rakaman tersebut, Mbappe mendakwa pernah melihat wajahnya disunting pada gambar seorang lelaki yang dipercayai merujuk kepada Mao Zedong.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 27 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|