Pelajar perlu kreatif, cipta minat belajar reka bentuk mesin ‘3D printer’

SEREMBAN – Kemahiran abad ke-21 menuntut pelajar bukan sahaja celik teknologi, malah kreatif serta mampu mencipta minat dalam bidang yang semakin berkembang pesat, termasuklah reka bentuk mesin pencetak tiga dimensi (3D printer).

Guru Reka Bentuk Teknologi Sekolah Kebangsaan (SK) Seremban 2A, Akhbar Daniel Shah berkata, penguasaan dalam bidang ini mampu membuka peluang luas kepada generasi muda untuk memahami asas inovasi dan kejuruteraan.

Menurutnya, walaupun cabaran dalam mempelajari asas reka bentuk mesin agak mencabar, namun dengan bimbingan serta kreativiti, pelajar boleh menjadikannya satu pengalaman menyeronokkan.

“Pelajar perlu ada rasa ingin tahu dan minat yang mendalam. Teknologi 3D printer ini bukan sekadar tentang menghasilkan objek, tetapi bagaimana mereka boleh berfikir secara kreatif, menyelesaikan masalah dan mencipta sesuatu yang mempunyai nilai tambah,” katanya kepada MYBERITA ketika ditemui semasa Hari Terbuka PPD Seremban di Seremban Prima, pada Sabtu.

Beliau berkata, pendedahan awal terhadap teknologi ini juga mampu menanam semangat inovasi sejak bangku sekolah, selain melahirkan pelajar yang bersedia menghadapi revolusi industri akan datang.

“Saya mahu pelajar melihat bahawa teknologi bukan sekadar digunakan, tetapi juga boleh direka, diubah suai dan dipertingkatkan mengikut keperluan. Inilah kunci melahirkan generasi pencipta, bukan hanya pengguna,” jelas Akhbar.

Selain itu, Akhbar menegaskan bahawa penguasaan dalam bidang reka bentuk mesin dan teknologi 3D printer turut membuka laluan kepada peluang pekerjaan baharu. Bidang seperti kejuruteraan, reka bentuk produk, perubatan, seni bina dan pembuatan kini semakin banyak menggunakan teknologi cetakan 3D bagi meningkatkan produktiviti dan inovasi.

“Sekiranya pelajar diberi pendedahan awal, mereka bukan sahaja mampu menguasai teknologi, malah berpotensi menjadi tenaga kerja mahir yang diperlukan oleh industri. Malah, ramai usahawan muda kini memanfaatkan teknologi 3D printer untuk membangunkan produk sendiri,” katanya.

Tambahnya lagi, usaha ini juga selari dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam mengukuhkan pembelajaran berasaskan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik), sekali gus memupuk budaya inovasi di sekolah rendah.

BACA JUGA:  Pemain ‘keyboard’ Teh Tarik Senja, Addin Mikhail meninggal dunia
Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITA
admin@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...