Selasa | 06/10/2026 | 7:38:40 am
HomeBelasungkawaPernah terbangkan Anwar ketika PRU15, Kapten Zainol Afiq pergi buat selamanya

Pernah terbangkan Anwar ketika PRU15, Kapten Zainol Afiq pergi buat selamanya

KUALA LUMPUR – Di sebalik tragedi helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Sarawak, tersimpan kisah Allahyarham Kapten Zainol Afiq yang pernah menerbangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 2022.

Kisah itu dikongsikan seorang pengguna Threads, Amirul Hakeem menerusi akaun @Amiruladnans yang mendakwa pernah bertugas bersama Allahyarham sebagai sebahagian daripada kru penerbangan ketika kempen berkenaan.

Menurut Amirul, beliau membantu dalam urusan penyelarasan penerbangan ketika Anwar menggunakan khidmat mereka sepanjang beberapa hari kempen PRU15.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 6 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|