Yusof Haslam syukur lihat perubahan positif Syamsul, saran cari pasangan baharu

PUTRAJAYA – Pengarah dan penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam meluahkan rasa lega melihat perkembangan positif dalam kehidupan anaknya, Syamsul Yusof yang kini kelihatan lebih tenang dan bersemangat selepas berdepan episod penceraian dengan Ira Kazar tahun lalu.

Menurut Yusof, 71, beliau melihat perubahan ketara pada anaknya itu, terutama dari segi komitmen kerja dan sikap lebih fokus meskipun pernah berdepan pelbagai dugaan peribadi.

“Alhamdulillah, sekarang dia nampak lebih bersemangat dan fokus. Saya perasan penggambaran filem The Original Gangster ambil masa agak lama, mungkin sebab gangguan masalah peribadi sebelum ini,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan gala filem Blood Brothers Bara Naga, di sini, semalam.

Walau bagaimanapun, Yusof turut menyedari perubahan fizikal pada Syamsul yang kelihatan lebih kurus, namun tetap menasihati anaknya supaya kekal tabah dalam menghadapi kehidupan.

“Saya selalu pesan pada Syamsul, apa pun yang berlaku, dia kena kuat semangat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Yusof turut menyarankan agar Syamsul tidak terus hidup bersendirian dan mempertimbangkan untuk mencari pasangan hidup baharu.

“Saya cakap, hidup ini kalau tiada pasangan pun tak bermakna. Tak guna kaya tapi hidup seorang. Nanti rasa bosan juga,” katanya.

Bagaimanapun, Syamsul dilaporkan memilih untuk kekal solo buat sementara waktu bagi memberi tumpuan penuh terhadap karier, termasuk dua lagi projek filem yang sedang dirancang.

“Dia kata nak fokus kerja dulu. Tapi saya tetap nasihat supaya fikirkan juga soal membina kehidupan baharu. Bagi saya, ketenangan itu lebih penting daripada kemewahan,” tambah Yusof lagi.

BACA JUGA:  Malaysia pilih kerjasama berprinsip, bukan konfrontasi – PM Anwar
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...