Kerajaan tawar rebat tunai 30 peratus untuk syarikat filem tempatan

PUTRAJAYA – Kerajaan bakal memberikan rebat tunai sebanyak 30 peratus daripada jumlah keseluruhan bajet penghasilan sesebuah karya kepada syarikat produksi tempatan di bawah Insentif Filem Malaysia (FIMI), dalam usaha merancakkan lagi industri perfileman negara.

Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, langkah itu dilihat mampu merangsang penghasilan lebih banyak karya tempatan yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa.

“Kita perlu beri peluang kepada syarikat filem tempatan dengan menghulurkan pelbagai struktur bantuan yang lebih baik dan mantap. Kalau bajet sesebuah filem mencecah RM7 juta, insya-Allah sebanyak RM1 juta akan dikembalikan menerusi rebat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis tayangan perdana filem Blood Brothers Bara Naga terbitan Skop Production, di ibu negara pada Selasa.

Tambah Fahmi, inisiatif FIMI bukan sahaja menghargai usaha syarikat produksi, malah membuka ruang kepada lebih banyak pihak termasuk syarikat swasta dan rumah produksi untuk terlibat secara aktif dalam pembangunan kandungan kreatif.

“Kita tidak mahu syarikat produksi hanya bergantung kepada dana FINAS semata-mata. Dengan adanya FIMI, ia memberi laluan kepada penglibatan pelbagai pihak dalam menjayakan sesebuah projek kreatif,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Fahmi turut menggesa syarikat produksi tempatan agar menghasilkan karya yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi mampu menjana kutipan pecah panggung.

“Filem tempatan perlu ada kekuatan tersendiri – bermula dengan skrip yang mantap, sutradara berpengalaman dan pasukan produksi yang berkualiti. Kita mahu hasilkan filem yang boleh menjana pendapatan, bukan sekadar untuk tontonan semata-mata,” ujarnya.

Beliau turut menjadikan Skop Production sebagai contoh syarikat produksi tempatan yang berjaya menghasilkan pelbagai filem berkualiti serta mencapai kutipan box office dalam negara.

“Saya minta kepada Pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib agar terus membantu melahirkan lebih banyak syarikat produksi seperti Skop Production yang mampu membawa nama industri filem kita ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

FIMI sebelum ini diperkenalkan kerajaan dengan menawarkan rebat tunai 30 peratus ke atas semua Kelayakan Perbelanjaan Pengeluaran Malaysia (QMPE), sebagai galakan tambahan kepada pembangunan kandungan kreatif merangkumi filem, televisyen dan pengeluaran skrin.

BACA JUGA:  Anwar Ibrahim tiba di Langkawi, sokong penganjuran LIMA’25
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...