Ogy nafi terlibat isu gugur penyanyi, anggap nama dipetik secara tidak wajar

KUALA LUMPUR – Seniwati terkenal, Fauziah Ahmad Daud menafikan sekeras-kerasnya sebarang kaitan dengan dakwaan guru vokal, Adzrin Adzhar yang mendedahkan pernah diherdik seorang artis veteran sehingga digugurkan daripada sebuah program televisyen.

Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy, 63, berkata beliau langsung tidak mengetahui mengenai isu berkenaan, apatah lagi memberikan sebarang komen kerana namanya tidak disebut secara langsung oleh individu terbabit.

“Siapa saya nak singkirkan orang. Adakah individu itu ada menyebut nama saya? Kalau tiada, saya tidak patut jawab isu ini.

“Tetapi kalau dia ‘petik’ nama saya, peguam saya akan jawab soalan itu. Selagi tak sebut, maknanya dia berada di zon selamat. Semudah itu,” katanya ketika ditemui selepas sidang media program Asian Top Stars di ASWARA, pada Rabu.

Tambah Ogy, beliau sendiri tidak pernah membaca berita berkaitan isu yang dikongsikan Adzrin, malah tidak ambil tahu siapakah artis veteran yang dimaksudkan.

“Kalau dia sebut artis veteran yang sudah lima dekad, saya rasa ramai lagi artis yang sudah 50 tahun berada dalam industri,” ujarnya.

Mengulas hubungannya dengan Adzrin, Ogy berkata mereka hanya pernah bertemu sekali ketika menghadiri sidang media konsert penyanyi Ezad Lazim dan tidak pernah bekerjasama secara profesional dalam mana-mana program.

“Saya cuma pernah dengar namanya. Itu sahaja. Tak tahu kenapa netizen petik nama saya dalam isu ini atau mungkin netizen nampak saya paling popular,” katanya secara berseloroh.

Terdahulu, Adzrin, 40, dalam satu pendedahan menyifatkan dirinya dihina oleh seorang bintang senior yang mempertikaikan kredibilitinya sebagai tenaga pengajar, malah turut mendakwa pelakon terbabit meminta produksi menggugurkan namanya daripada menyertai sebuah program.

Bagaimanapun, Adzrin memilih untuk terus bersikap positif dan terbuka jika diberi peluang bekerjasama semula pada masa akan datang.

BACA JUGA:  Umat Islam sambut Aidiladha pada 7 Jun

Dalam perkembangan lain, Fauziah turut berkongsi mengenai peranannya sebagai pengetua bagi program realiti Asian Top Stars yang bakal memulakan siaran langsung di saluran RTM bermula 29 November ini.

Program berprestij yang menghimpunkan peserta dari seluruh Asia itu menawarkan hadiah wang tunai mencecah RM200,000 serta peluang kepada lapan finalis untuk menjalani latihan di akademi hiburan di Korea Selatan.

Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...