Sabtu | 10/10/2026 | 7:02:59 am
HomeNasional'Smart Lane' kurangkan kesesakan hingga 50 peratus, terbukti berkesan sejak 2023

‘Smart Lane’ kurangkan kesesakan hingga 50 peratus, terbukti berkesan sejak 2023

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan lorong pintar atau Smart Lane di beberapa jajaran Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilihat semakin membuahkan hasil apabila berjaya mengurangkan kesesakan trafik sehingga 30 hingga 50 peratus sejak diperkenalkan pada 2023.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pemantauan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) turut menunjukkan tahap keselamatan di laluan berkenaan kekal terkawal dengan kadar kemalangan yang rendah berbanding jumlah keseluruhan trafik.

“Sepanjang Januari hingga Mei tahun ini, hanya 36 kemalangan direkodkan di 12 lokasi Smart Lane pada hari bekerja, dengan kes melibatkan penunggang motosikal lebih rendah berbanding laluan biasa,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Sabtu, 10 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|