Sabtu, 15 Ogos 2026
IKLAN PTPTN

Cabutan Prime Bonanza

Simpan SSPN Prime & rebut hadiah menarik.

Sertai →
PelbagaiLori tangki hempap kereta, pemandu direman empat hari

Lori tangki hempap kereta, pemandu direman empat hari

KUANTAN – Pemandu lori tangki yang terbabit dalam kemalangan maut di Kilometer 9, Jalan Temerloh-Triang berhampiran Kampung Lebak, di sini semalam, direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, lelaki berusia 37 tahun itu direman sehingga Selasa depan dan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap pemandu berkenaan mendapati lelaki itu negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, dua individu dipercayai ibu dan anak maut selepas kereta dinaiki mereka dihempap lori tangki berkenaan yang membawa muatan kira-kira 32,000 liter bahan api.

Kedua-dua kenderaan terbabit turut terbakar selepas kemalangan tersebut.

Menurut Mohd Nasyim, pengesahan identiti kedua-dua mangsa akan dilakukan menerusi perbandingan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) waris dengan bantuan Jabatan Kimia.

Sebelum ini, beliau berkata, siasatan awal mendapati lori tangki berkenaan dalam perjalanan dari Seremban, Negeri Sembilan menuju ke Temerloh.

Lori tangki itu dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan menghempap sebuah kereta yang dinaiki dua mangsa berkenaan.

Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan, manakala pemandu lori tangki berkenaan ditahan reman bagi membantu siasatan.

-Iklan-
ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-