Selasa | 06/10/2026 | 7:41:47 am
HomeSemasaGrace Wong terkilan gagal cipta rekod kebangsaan di Sukan Asia

Grace Wong terkilan gagal cipta rekod kebangsaan di Sukan Asia

NAGOYA – Harapan terakhir Malaysia untuk menghadirkan pingat menerusi olahraga tidak kesampaian selepas Grace Wong sekadar menduduki tempat ketujuh dalam final baling tukul besi wanita pada Sukan Asia, hari ini.

Grace mencatat balingan terbaik 64.15 meter pada percubaan ketiganya di Stadium Olahraga Taman Mizuho Bandar Nagoya, sekali gus menutup kempen olahraga negara tanpa sebarang pingat pada edisi kali ini.

Atlet berusia 29 tahun itu mengakui keinginan tinggi untuk menaiki podium dan memecahkan rekod kebangsaan menyebabkan dirinya gagal mengawal tekanan ketika saingan berlangsung.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 6 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|