Selasa | 29/09/2026 | 10:55:57 pm
HomeBelasungkawa"Saya tak sangka dia pergi hari ini", luah Tun M kepada Sultan...

“Saya tak sangka dia pergi hari ini”, luah Tun M kepada Sultan Pahang

KUALA LUMPUR – “Saya tak sangka dia meninggal hari ini. Dia nampak baik sahaja.”

Luahan ringkas Tun Dr Mahathir Mohamad itu menggambarkan betapa mengejutkan pemergian isteri tercinta, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, selepas lebih tujuh dekad mereka menjalani kehidupan bersama.

Bekas Perdana Menteri itu meluahkan perasaan berkenaan ketika berbual bersama Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan hadir ke kediamannya di Seri Kembangan pada Isnin.

Turut berangkat ialah Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di Facebook Tun Mahathir pada Selasa, negarawan berusia 101 tahun itu turut mengucapkan terima kasih atas keberangkatan keluarga Diraja Pahang menziarahinya.

“Datang dari Pahang? Terima kasih lah,” katanya.

Dalam pertemuan berkenaan, Al-Sultan Abdullah turut menitipkan pesanan kepada Tun Mahathir supaya menjaga kesihatan dan dirinya selepas kehilangan insan yang sekian lama menjadi pendamping hidupnya.

“Tun kena jaga diri, Tun,” titah baginda.

Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 9.20 pagi Isnin pada usia 100 tahun.

Jenazah Allahyarham kemudian selamat disemadikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya kira-kira pukul 6.20 petang menerusi Istiadat Pengebumian Pembesar Negara.

Allahyarham dikebumikan bersebelahan pusara Allahyarham Tun Endon Mahmood, isteri kepada Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pemergian Allahyarham menutup perjalanan hidup bersama pasangan itu yang menjangkau lebih tujuh dekad, dengan Tun Mahathir dilihat sebak ketika mengiringi isteri tercinta ke tempat persemadian terakhir.  – Instagram

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 29 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|