Isnin | 28/09/2026 | 7:01:00 pm
HomeBelasungkawa"Kenapa tangan sejuk?", Zizi Kirana tak sangka salam pertama jadi kenangan terakhir

“Kenapa tangan sejuk?”, Zizi Kirana tak sangka salam pertama jadi kenangan terakhir

PETALING JAYA – Teguran ringkas mengenai tangannya yang sejuk kini menjadi kenangan paling menyentuh buat penyanyi Zizi Kirana selepas pertemuan pertamanya dengan Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali minggu lalu rupa-rupanya menjadi salam terakhir mereka.

Zizi, 41, berkata dia tidak pernah menyangka peluang bertemu dan bersalaman dengan isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu hanya berlaku beberapa hari sebelum pemergian Allahyarhamah.

“Baru minggu lalu, setelah 41 tahun usia saya, Allah izinkan saya akhirnya bertemu beliau secara berdepan. Saya sempat bersalaman dengan Tun dan beliau sempat menegur, ‘Kenapa tangan sejuk?’, ” katanya menerusi Threads.

Menurutnya, teguran spontan itu kini menjadi memori yang akan disimpan dalam hati sepanjang hayat.

“Tidak pernah terlintas bahawa pertemuan yang begitu istimewa itu rupanya menjadi salam terakhir saya buat Allahyarhamah,” katanya.

Zizi turut mendoakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, menerima amal solehnya serta menempatkan beliau dalam kalangan penghuni syurga.

“Al-Fatihah buat Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali,” katanya.

Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), kira-kira pukul 9.20 pagi tadi.

Berita pemergian tokoh wanita negara itu disahkan anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.

– Utusan Malaysia

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 28 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|