Isnin | 28/09/2026 | 7:56:08 pm
HomeBelasungkawaJenazah Tun Dr Hasmah selamat disemadi, lautan manusia iringi penghormatan terakhir

Jenazah Tun Dr Hasmah selamat disemadi, lautan manusia iringi penghormatan terakhir

PUTRAJAYA – Suasana penuh hiba menyelubungi Pusara Negara, Presint 20, hari ini apabila jenazah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali selamat disemadikan kira-kira pukul 6 petang.

Allahyarhamah, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dikebumikan dengan diiringi ahli keluarga, saudara-mara, kenalan serta orang ramai yang hadir memberikan penghormatan terakhir.

Tun Dr Mahathir turut berada di sisi jenazah Allahyarhamah untuk mengiringi perjalanan terakhir isterinya ke pusara.

Turut hadir beberapa pemimpin politik, delegasi luar negara, selebriti dan kenalan keluarga bagi menyaksikan istiadat pengebumian tokoh wanita yang banyak menabur jasa dalam bidang perubatan dan kemasyarakatan itu.

Sebelum itu, jenazah Allahyarhamah dibawa ke Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan untuk urusan pengurusan jenazah dan penghormatan terakhir.

Solat jenazah dilaksanakan selepas solat Asar sebelum jenazah dibawa ke Pusara Negara untuk disemadikan.

Tun Dr Siti Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada pukul 9.20 pagi tadi.

Berita pemergian Allahyarhamah disahkan anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Allahyarhamah meninggalkan tujuh anak serta ahli keluarga yang lain.

Sepanjang hayatnya, Tun Dr Siti Hasmah dikenali sebagai antara tokoh wanita yang disegani negara, khususnya menerusi sumbangan dalam bidang perubatan, kesihatan awam dan khidmat kemasyarakatan. – MYBERITA

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 28 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|