KUALA LUMPUR – Negara kehilangan seorang tokoh wanita terkemuka apabila isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, meninggal dunia pada usia 100 tahun, pagi ini.
Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.20 pagi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Berita pemergian Allahyarhamah disahkan anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir ketika dihubungi Bernama hari ini.
“Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur,” menurut laporan Bernama yang memetik pengesahan Mokhzani.
Allahyarhamah yang dilahirkan pada 12 Julai 1926 genap berusia 100 tahun pada Julai lalu.
Beliau meninggalkan suami, Tun Dr Mahathir serta tujuh orang anak.
Maklumat lanjut mengenai urusan pengebumian dan perkembangan berkaitan pemergian Allahyarhamah masih belum diumumkan setakat laporan ini diterbitkan.
Berita selanjutnya menyusul. – MYBERITA
