Sabtu | 26/09/2026 | 10:12:55 pm
HomeHiburan“Saya terdetik untuk tanya dia mahu kahwin”, 10 bulan kenal Syazani Zikry...

“Saya terdetik untuk tanya dia mahu kahwin”, 10 bulan kenal Syazani Zikry kini sah bergelar suami

KUALA LUMPUR – Pelakon Syazani Zikry Zainul Hakim selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Sofiah Abu Bakar dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di The Square, A Park, Puchong, pagi Sabtu.

Dengan sekali lafaz, pasangan berkenaan sah bergelar suami isteri dalam majlis yang disempurnakan jurunikah, Ustaz Idrus, manakala Sofiah diwalikan bapanya, Abu Bakar Ismail.

Pada majlis tersebut, Syazani menyerahkan wang hantaran sebanyak RM20,000, manakala mas kahwin berupa seutas gelang emas.

Pasangan itu turut bertukar dulang hantaran dengan Syazani menyediakan lima dulang, sebelum dibalas tujuh dulang daripada pihak Sofiah.

Berkongsi kisah perkenalan mereka, Syazani berkata hubungan tersebut bermula selepas dia terlihat foto Sofiah menerusi Instagram rakan universitinya, Amelia.

“Saya kenal dengan Sofiah melalui Amelia, ‘uni mate’ saya. Mula-mula saya ternampak gambar Sofiah di Instagram Amelia dan terus minta Amelia tanyakan statusnya sebelum saya sendiri mendekati untuk berkenalan. Rupanya mereka berdua adalah jiran,” katanya.

Menurut Syazani, mereka mula berkenalan pada Januari 2025 sebelum hubungan itu semakin serius.

Malah, selepas kira-kira 10 bulan mengenali Sofiah, Syazani sudah berani bertanyakan soal perkahwinan.

“Hasrat untuk saya berkahwin memang sudah ada, tetapi tidak sangka ia datang seawal ini.
“Sewaktu mengenali Sofiah, saya terdetik hati untuk terus bertanya jika dia mahu berkahwin selepas 10 bulan berkenalan,” katanya.

Selepas bergelar suami isteri, pasangan itu bakal berlepas ke Vietnam sehari selepas majlis pernikahan untuk menikmati percutian singkat.

Bagaimanapun, Syazani menjelaskan perjalanan tersebut bukan bulan madu kerana mereka merancang percutian sebenar pada penghujung tahun selepas menyelesaikan komitmen kerja masing-masing.

“Ini bukan dikira honeymoon tetapi sekadar short getaway untuk release-kan stres,” katanya.

Sofiah difahamkan teringin mengunjungi Montenegro, namun pasangan tersebut masih belum membuat keputusan mengenai destinasi bulan madu mereka.

Dalam pada itu, Syazani berkata perkahwinan tidak akan memperlahankan perjalanan karier seninya kerana Sofiah memahami tuntutan kerjanya sebagai pelakon.

“Alhamdulillah, Sofiah seorang yang sangat memahami kehendak kerja saya dan tidak pernah menghalang apa-apa.
“Saya akan teruskan perjuangan karier seni saya seperti biasa dengan matlamat yang lebih besar. Perjalanan saya masih jauh,” katanya.

Mengenai cahaya mata pula, Syazani berkata mereka belum menetapkan sebarang perancangan buat masa ini dan mahu memberi tumpuan kepada kerjaya masing-masing terlebih dahulu. – GEMPAK

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Sabtu, 26 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|