Jumaat | 25/09/2026 | 2:11:39 am
HomeGaya Hidup"Budak empat tahun pun boleh baca", Bilal dipuji lancar Surah Al-‘Aadiyaat

“Budak empat tahun pun boleh baca”, Bilal dipuji lancar Surah Al-‘Aadiyaat

KUALA LUMPUR – Baru berusia empat tahun, Muhammad Bilal Haris Ismail mencuri perhatian pengguna media sosial apabila mempamerkan kebolehannya membaca Surah Al-‘Aadiyaat dengan lancar menerusi sebuah video yang dimuat naik ibunya yang juga selebriti dan usahawan Neelofa di Instagram.

Lebih mengagumkan, anak sulung Neelofa itu bukan sahaja mampu menghafaz surah berkenaan, malah sebutan dan makhrajnya turut mendapat pujian ramai meskipun masih pada usia kecil.

Dalam video berkenaan, Neelofa meluahkan rasa terharu melihat perkembangan Bilal yang kini sudah mampu membaca dan menghafaz surah-surah pendek.

“Boleh bayangkan tak macam mana rasa bila kita tengok anak kita dah boleh baca surah-surah pendek, boleh hafal dan boleh baca dengan lancar.

“Sebutan makhrajnya sangat mengagumkan. Jadi saya nak sangat benda yang sama, anda semua dapat rasa,” katanya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi positif pengguna media sosial yang rata-rata kagum dengan kebolehan Bilal pada usia empat tahun.

“Ibu-ibu yang lain patut ambil teladan, jangan fokus kepada pandai ‘speaking’ sahaja,” komen seorang pengguna.

“Bunyi macam anak orang Arab. Masya-Allah, semoga dalam jagaan-Nya sentiasa,” tulis seorang lagi.

Seorang pengguna turut memuji didikan diterima Bilal selepas mendengar bacaannya.

“Masya-Allah. Di usia sekecil ini, makhraj dan hukum tajwid Bilal hampir tepat dan betul dia baca. Hebat didikan ibu bapanya,” katanya.

Bilal merupakan anak sulung Neelofa bersama suaminya, pendakwah bebas Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz. – Instagram

Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITAhttps://portalmyberita.com/
Wartawan MYBERITA membawakan laporan berita semasa, nasional dan perkembangan terkini dari seluruh Malaysia dengan penyampaian yang pantas, tepat dan mudah difahami.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Jumaat, 25 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|