Khamis | 24/09/2026 | 8:02:30 pm
HomeJenayahUPSI nafi iklan jawatan kosong 2026, beri amaran tindakan undang-undang

UPSI nafi iklan jawatan kosong 2026, beri amaran tindakan undang-undang

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menafikan poster iklan jawatan kosong bagi tahun 2026 yang tular di media sosial dan memberi amaran tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pihak yang menyebarkan maklumat palsu atau menyalahgunakan identiti universiti berkenaan.

UPSI dalam kenyataan rasmi hari ini menegaskan maklumat kekosongan jawatan yang dipaparkan menerusi poster berkenaan adalah tidak benar dan tidak pernah dikeluarkan pihak universiti.

Poster yang tular itu menggunakan nama serta logo UPSI dan mendakwa menawarkan beberapa jawatan termasuk pensyarah serta pegawai tadbir, selain memaparkan kadar gaji dan kaedah permohonan.

“Maklumat kekosongan jawatan yang dipaparkan pada poster berkenaan adalah tidak benar dan sama sekali bukan dikeluarkan oleh pihak universiti,” menurut kenyataan itu hari ini.

UPSI menjelaskan semua urusan berkaitan iklan, syarat kelayakan dan permohonan jawatan hanya akan disiarkan menerusi laman web rasmi universiti serta saluran media sosial rasminya.

Universiti itu turut memandang serius penggunaan nama, logo dan identiti rasminya tanpa kebenaran.

“Pihak UPSI memandang serius isu ini dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat palsu atau menggunakan logo serta identiti rasmi universiti tanpa kebenaran,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya menyemak terlebih dahulu kesahihan sebarang tawaran pekerjaan yang menggunakan nama UPSI dan tidak mudah menyerahkan maklumat peribadi melalui pautan atau saluran yang tidak disahkan.

UPSI turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan penyebaran maklumat yang tidak sah. – Facebook UPSI

Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
Penulis dan wartawan MYBERITA yang memberi perhatian kepada berita nasional, komuniti serta perkembangan semasa di seluruh negara.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Khamis, 24 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|