Rabu | 23/09/2026 | 8:54:18 pm
HomeNasionalShahmalarani tebus kecewa dunia, hadiah emas ketiga Malaysia

Shahmalarani tebus kecewa dunia, hadiah emas ketiga Malaysia

AICHI – Dendam kekalahan di pentas dunia akhirnya terbalas apabila jaguh karate negara, C Shahmalarani merangkul pingat emas kumite wanita bawah 50 kilogram (kg) pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, sebentar tadi.

Beraksi di Gimnasium Toyohashi, Shahmalarani menewaskan wakil Hong Kong, Tsang Yee Ting menerusi keputusan juri selepas kedua-duanya terikat tanpa mata, 0-0 dalam pertarungan akhir yang sengit.

Kemenangan itu menghadiahkan pingat emas ketiga kepada kontinjen Malaysia pada temasya berkenaan.

Laluan Shahmalarani ke final turut mencuri perhatian apabila berjaya menundukkan pencabar Uzbekistan, Gulshan Alimardanova 3-2 pada separuh akhir.

Kemenangan tersebut cukup bermakna buat atlet negara itu selepas pernah tewas kepada lawan sama dalam perlawanan akhir Kejohanan Dunia tahun lalu.

Shahmalarani memulakan kempen dengan aksi dominan apabila membenam Fong Man Wai dari Macau 8-0 pada pusingan pembukaan.

Dia kemudian berdepan tentangan sengit Saiama Jaman dari Bangladesh pada suku akhir sebelum mencatat kemenangan tipis 5-4.

Dalam perebutan pingat gangsa, Man Wai mengejutkan Alimardanova 6-5, manakala atlet Filipina, Marie June Adriano menewaskan Chung Ya-chi dari Taiwan 10-3.

Kejayaan Shahmalarani sekali gus menambah kilauan kem negara serta mengangkatnya sebagai antara wira emas Malaysia di Aichi-Nagoya.

– Utusan Malaysia

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Rabu, 23 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|