Selasa | 22/09/2026 | 1:20:23 pm
HomeNasionalCheong Min buru podium, hari penting kontinjen Malaysia di Nagoya

Cheong Min buru podium, hari penting kontinjen Malaysia di Nagoya

NAGOYA – Kontinjen Malaysia berdepan satu lagi hari penting di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 apabila beberapa prospek pingat turun beraksi hari ini, dengan atlet wusyu Tan Cheong Min menjadi antara tumpuan utama dalam final gabungan nanquan-nandao wanita.

RINGKASAN BERITA
  • Cheong Min yang meraih perak dalam acara sama pada Sukan Asia Hangzhou membawa harapan untuk sekali lagi menaiki podium menerusi gabungan mata dua disiplin…
  • Turut memburu pingat ialah wakil karate negara, Adeola Fay Robert yang akan turun dalam acara kumite wanita bawah 55 kilogram.
  • Karate sudah menyumbang dua gangsa kepada kontinjen Malaysia setakat ini.
  • Aksi di kolam renang pula menyaksikan Goh Li Jie dan Tan Khai Xin berentap dalam 400 meter (m) medley individu lelaki, sementara Dhuha Zulfikry…
Ringkasan automatik berdasarkan laporan MYBERITA.

Cheong Min yang meraih perak dalam acara sama pada Sukan Asia Hangzhou membawa harapan untuk sekali lagi menaiki podium menerusi gabungan mata dua disiplin berkenaan.

Turut memburu pingat ialah wakil karate negara, Adeola Fay Robert yang akan turun dalam acara kumite wanita bawah 55 kilogram. Karate sudah menyumbang dua gangsa kepada kontinjen Malaysia setakat ini.

Dalam gimnastik artistik, cabaran negara diteruskan Cadence Teh, Yeap Kang Xiang, Hannah Seow, Marissa Zaiful Azlan dan Rachel Yeoh dalam acara berpasukan wanita serta individu semua-sekitar.

Aksi di kolam renang pula menyaksikan Goh Li Jie dan Tan Khai Xin berentap dalam 400 meter (m) medley individu lelaki, sementara Dhuha Zulfikry turun bagi acara 1,500m gaya bebas lelaki.

Andrew Goh, Arvin Shaun Singh Chahal, Bryan Leong dan Khiew Hoe Yean pula akan membawa cabaran negara dalam acara berganti-ganti 4x200m medley lelaki.

Dalam mendayung, Nurzarinah Zakaria memulakan kempen menerusi acara scull ringan perseorangan wanita.

Sementara itu, laluan getir menanti skuad badminton negara apabila pasukan lelaki berdepan pilihan utama Indonesia pada suku akhir acara berpasukan, manakala skuad wanita bertemu Korea Selatan yang merupakan pilihan ketiga kejohanan.

Skuad sepak takraw lelaki pula berpeluang mengesahkan status juara kumpulan apabila berdepan India dalam acara berpasukan regu.

Situasi lebih mendesak menanti skuad bola keranjang wanita 5×5 selepas dua kekalahan awal apabila mereka wajib mendapatkan keputusan positif menentang Mongolia dalam aksi terakhir kumpulan.

Kemenangan dengan margin selesa mampu membuka laluan Malaysia ke suku akhir sebagai antara dua pasukan tempat ketiga terbaik peringkat kumpulan.

Skuad bola keranjang 3×3 lelaki dan wanita masing-masing pula dijadual berdepan Hong Kong dan Macau dalam meneruskan kempen peringkat kumpulan.

Dalam hoki padang, Malaysia memburu kemenangan kedua Kumpulan B ketika bertemu Oman selepas memulakan kempen dengan bergaya menerusi kemenangan 7-0 ke atas Uzbekistan.

Cabaran negara turut diteruskan dalam e-sukan apabila Malaysia berdepan Kazakhstan dan Tajikistan pada peringkat kumpulan eFootball, sementara Taj Izrin Aiman Taj Madira membuka kempen dalam Gran Turismo 7.

Dengan aksi membabitkan beberapa prospek podium serta perlawanan penting acara berpasukan, tumpuan kini terarah kepada kemampuan kontinjen negara menambah pungutan pingat Malaysia hari ini.

– Harian Metro

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 22 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
TERKINI
Baru sahaja
|