Selasa | 22/09/2026 | 12:24:27 am
HomeSukanSharul hidupkan peluang ulangi gangsa, tempah tiket 'final' melombol

Sharul hidupkan peluang ulangi gangsa, tempah tiket ‘final’ melombol

NAGOYA – Berjuang dalam keadaan bahu kiri dan lutut kiri belum berada pada tahap terbaik, gimnas negara, Sharul Aimy Kamaru Hisam kini selangkah lagi untuk mengulangi kejayaan menaiki podium Sukan Asia selepas mara ke final acara melombol lelaki, hari ini.

RINGKASAN BERITA
  • Sharul memastikan tempat dalam kelompok lapan terbaik selepas mengumpul purata 13.833 mata pada pusingan kelayakan di Gimnasium Am Bandaraya Nagoya, sekali gus menamatkan saingan…
  • Gimnas negara itu memulakan percubaan pertamanya dengan catatan 13.800 mata sebelum tampil lebih kemas pada percubaan kedua untuk meraih 13.866 mata.
  • Prestasi itu membuka peluang buat Sharul untuk memburu satu lagi pingat Sukan Asia selepas pernah menghadiahkan gangsa kepada Malaysia dalam acara sama pada edisi…
  • Bagaimanapun, laluan ke podium kali ini dijangka sengit apabila barisan final turut menampilkan beberapa pencabar utama termasuk juara Olimpik dua kali dari Filipina, Carlos…
Ringkasan automatik berdasarkan laporan MYBERITA.

Sharul memastikan tempat dalam kelompok lapan terbaik selepas mengumpul purata 13.833 mata pada pusingan kelayakan di Gimnasium Am Bandaraya Nagoya, sekali gus menamatkan saingan di kedudukan kelima.

Gimnas negara itu memulakan percubaan pertamanya dengan catatan 13.800 mata sebelum tampil lebih kemas pada percubaan kedua untuk meraih 13.866 mata.

Prestasi itu membuka peluang buat Sharul untuk memburu satu lagi pingat Sukan Asia selepas pernah menghadiahkan gangsa kepada Malaysia dalam acara sama pada edisi Hangzhou 2022.

Bagaimanapun, laluan ke podium kali ini dijangka sengit apabila barisan final turut menampilkan beberapa pencabar utama termasuk juara Olimpik dua kali dari Filipina, Carlos Yulo yang menduduki tempat ketujuh kelayakan dengan 13.649 mata.

Ng Ka Ki dari Hong Kong mengetuai pusingan kelayakan selepas mencatat 14.166 mata, diikuti gimnas Korea Selatan, Kim Jae Ho dengan 14.149 mata.

Mahdi Olfati dari Iran pula berada di tempat ketiga dengan 14.083 mata manakala Juanco Miguel Besana dari Filipina menduduki tangga keempat menerusi 13.933 mata.

Kemaraan Sharul ke final lebih bermakna apabila persiapannya sebelum temasya berdepan cabaran susulan kecederaan bahu kiri selain koyakan meniskus pada lutut kirinya.

Kini, tumpuan terarah kepada aksi final pada Jumaat ini apabila Sharul berpeluang menambah satu lagi pingat Sukan Asia dalam koleksi peribadinya. – MYBERITA

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 22 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
TERKINI
Baru sahaja
|