KUALA LUMPUR – Penggunaan gambar janaan kecerdasan buatan (AI) untuk mempromosikan makanan atau perkhidmatan boleh mengundang tindakan sekiranya visual yang dipaparkan tidak menggambarkan produk sebenar yang diterima pelanggan.
- Menurutnya, antara situasi yang semakin biasa dilihat ialah penggunaan gambar janaan AI bagi mengiklankan makanan yang kelihatan lebih menarik atau mempunyai kandungan berbeza berbanding…
- Beliau memberi contoh sebuah premis yang mengiklankan nasi ayam berharga RM15 menggunakan visual AI dengan hidangan lengkap termasuk ayam, cili, salad dan timun.
- Bagaimanapun, sekiranya pelanggan menerima hidangan dengan saiz ayam jauh lebih kecil serta tidak mempunyai bahan seperti yang dipaparkan dalam iklan, keadaan itu menurutnya boleh…
- Menurutnya, iklan berkenaan memaparkan individu terbabit bersama sebuah Toyota Alphard dengan tawaran perjalanan dari Putrajaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada harga…
Seorang peguam menerusi perkongsian di TikTok berkata, penggunaan teknologi AI dalam penghasilan bahan promosi semakin meluas, namun peniaga perlu memastikan gambar yang digunakan tidak mengelirukan pengguna.
“Sekiranya kita generate gambar menggunakan AI dan gambar kita itu tak sama macam kita punya end product, kita boleh dikenakan tindakan ataupun boleh kena saman,” katanya.
Menurutnya, antara situasi yang semakin biasa dilihat ialah penggunaan gambar janaan AI bagi mengiklankan makanan yang kelihatan lebih menarik atau mempunyai kandungan berbeza berbanding hidangan sebenar.
Beliau memberi contoh sebuah premis yang mengiklankan nasi ayam berharga RM15 menggunakan visual AI dengan hidangan lengkap termasuk ayam, cili, salad dan timun.
Bagaimanapun, sekiranya pelanggan menerima hidangan dengan saiz ayam jauh lebih kecil serta tidak mempunyai bahan seperti yang dipaparkan dalam iklan, keadaan itu menurutnya boleh menimbulkan isu iklan palsu atau representasi mengelirukan.
“Memang senang untuk kita generate gambar menggunakan AI tapi kita kena pastikan gambar tersebut tepat ataupun sama dengan produk akhir kita,” katanya.
Beliau turut berkongsi pengalaman melibatkan bekas anak guamnya yang mendapatkan perkhidmatan pengangkutan selepas melihat sebuah iklan di Facebook.
Menurutnya, iklan berkenaan memaparkan individu terbabit bersama sebuah Toyota Alphard dengan tawaran perjalanan dari Putrajaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada harga RM50.
Namun, kenderaan yang tiba untuk mengambil pelanggan berkenaan bukan seperti dipaparkan dalam iklan, sebaliknya sebuah Perodua Alza lama.
Katanya, pelanggan berkenaan berasa tertipu kerana visual promosi memberi gambaran bahawa perkhidmatan tersebut menggunakan kenderaan yang berbeza.
Susulan itu, beliau mengingatkan peniaga dan penyedia perkhidmatan supaya tidak menggunakan kemudahan AI sehingga menghasilkan gambaran yang boleh mengelirukan pelanggan mengenai barangan atau perkhidmatan sebenar.
“Untuk pengguna-pengguna AI di luar sana, pastikan berhati-hati dan semak gambar janaan AI supaya ia menepati produk akhir,” katanya. – TikTok @daaaniisshh
@daaaniisshh Please stop guna Ai kalau tak nak kena saman!! #law #Ai #legaladvice #lawyer ♬ original sound – Daaaanish
