Jumaat | 18/09/2026 | 4:52:54 pm
HomeNasionalUMNO buka Tabung Solidariti Najib, kutip sumbangan bantu lunas denda RM50 juta

UMNO buka Tabung Solidariti Najib, kutip sumbangan bantu lunas denda RM50 juta

KUALA LUMPUR – UMNO mula menggerakkan Tabung Solidariti Najib Razak bagi mengumpul sumbangan untuk membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melunaskan denda RM50 juta yang menjadi antara syarat pengampunan bersyarat terhadapnya.

RINGKASAN BERITA
  • Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pelaksanaan tabung berkenaan merupakan susulan inisiatif Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang…
  • Menurutnya, tabung itu dibuka kepada kepimpinan dan ahli UMNO serta orang ramai yang mahu memberikan sumbangan secara sukarela mengikut kemampuan masing-masing.
  • Terdahulu, Ahmad Zahid mengumumkan UMNO akan melancarkan kutipan sumbangan bagi membantu Najib melunaskan denda RM50 juta, dengan pelaksanaannya menurut beliau akan dibuat secara telus…
  • Langkah itu menyusuli keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga…
Ringkasan automatik berdasarkan laporan MYBERITA.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pelaksanaan tabung berkenaan merupakan susulan inisiatif Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini mengumumkan kutipan sumbangan bagi tujuan tersebut.

Menurutnya, tabung itu dibuka kepada kepimpinan dan ahli UMNO serta orang ramai yang mahu memberikan sumbangan secara sukarela mengikut kemampuan masing-masing.

“Inisiatif YAB Presiden ini dizahirkan sebagai tanda keprihatinan dan solidariti seluruh keluarga UMNO serta rakyat Malaysia yang ingin bersama-sama memberikan sokongan kepada Dato’ Sri Najib Razak,” katanya dalam kenyataan.

Asyraf Wajdi berkata, sumbangan bagi Tabung Solidariti Najib Razak boleh disalurkan menerusi akaun rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang diselia Ibu Pejabat UMNO Malaysia.

Terdahulu, Ahmad Zahid mengumumkan UMNO akan melancarkan kutipan sumbangan bagi membantu Najib melunaskan denda RM50 juta, dengan pelaksanaannya menurut beliau akan dibuat secara telus, teratur serta mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa.

Langkah itu menyusuli keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028 menerusi pengampunan bersyarat.

Pengampunan berkenaan tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta pematuhan syarat yang ditetapkan sepanjang tempoh tahanan rumah.

Najib mula menjalani hukuman penjara pada Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan terhadapnya dalam kes melibatkan RM42 juta dana SRC International.

Pada 2024, hukuman penjara asal 12 tahun terhadap Najib dikurangkan kepada enam tahun, manakala denda RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta menerusi keputusan Lembaga Pengampunan ketika itu.

Sumber: Facebook DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Jumaat, 18 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
TERKINI
Baru sahaja
|