Legenda bola sepak negara, Abdah Alif sah bergelar suami pada usia 72 tahun

0
141

KUALA LUMPUR – Pada usia 72 tahun, legenda bola sepak negara, Datuk Abdah Alif membuka lembaran baharu dalam kehidupan apabila sah mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya pada 27 Ogos lalu.

Perkhabaran mengenai pernikahan bekas pemain kebangsaan itu mencuri perhatian selepas sekeping gambar beliau bersama seorang wanita yang dipercayai pasangannya tersebar di media sosial.

Pengesahan mengenai perkahwinan Abdah dibuat rakannya yang juga Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim menerusi satu hantaran di Facebook.