Tular aksi bahaya wanita pandu lawan arus, ditahan polis

SEREMBAN– Polis menahan seorang wanita selepas tindakannya memandu melawan arus di Jalan Persiaran Utama, Seremban 2, tular di media sosial pada Sabtu lalu.

Dalam kejadian tersebut, sebuah kenderaan jenis Honda CR-V dilihat dipandu secara berbahaya melawan arus, sekali gus mengundang kebimbangan pengguna jalan raya lain.

Ketua Polis Daerah Seremban, Azahar Abdul Rahim berkata, suspek berusia 34 tahun itu tampil menyerah diri di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban pada hari yang sama.

Menurut beliau, wanita yang berasal dari Selangor itu mengaku melakukan perbuatan tersebut kerana tidak biasa dengan laluan berkenaan.

“Wanita itu memandu kereta Honda CR-V dan mengaku melawan arus dengan alasan pertama kali menggunakan laluan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, suspek turut dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Seremban untuk menjalani ujian saringan air kencing, namun didapati negatif daripada sebarang penyalahgunaan dadah.

Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Terdahulu, video kejadian itu tular di media sosial, memaparkan tindakan berbahaya tersebut yang berpotensi mengundang kemalangan serius. Insiden itu turut mencetuskan reaksi netizen yang mengecam tindakan tidak bertanggungjawab berkenaan. – MYBERITA

BACA JUGA:  Polis tembak mati dua penjenayah, kes samun dan edar dadah
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...