Alieff tukar khemah jadi ‘mini caravan’, Cawan Nostalgia mahu pelanggan ingat ‘experience’

Alieff tukar khemah jadi 'mini caravan', Cawan Nostalgia mahu pelanggan ingat 'experience'
Transformasi kedai kopi yang terletak di Taman Setia Indah itu dilakukan secara berperingkat selepas mengambil kira cabaran operasi, keadaan cuaca serta maklum balas pelanggan sejak perniagaan berkenaan mula beroperasi pada Jun tahun lalu.
KONGSI

JOHOR BAHRU – Bermula dengan operasi sederhana menggunakan khemah dan modal yang terhad, Cawan Nostalgia kini melangkah ke fasa baharu apabila tampil dengan konsep mini caravan bagi meningkatkan keselesaan operasi serta menawarkan pengalaman berbeza kepada pelanggan.

Transformasi kedai kopi yang terletak di Taman Setia Indah itu dilakukan secara berperingkat selepas mengambil kira cabaran operasi, keadaan cuaca serta maklum balas pelanggan sejak perniagaan berkenaan mula beroperasi pada Jun tahun lalu.

Pengasas Cawan Nostalgia, Muhammad Alieff Iskandar Mohd Zamri, 23, berkata konsep mini caravan sebenarnya sudah berada dalam perancangannya sejak awal, namun terpaksa dilaksanakan secara berperingkat berikutan kekangan modal ketika memulakan perniagaan.

ARTIKEL BERKAITAN