Tragedi UPSI: UPSI buka bilik gerakan, siasat insiden nahas tragedi ragut nyawa pelajar

KUALA LUMPUR – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengesahkan menerima laporan berhubung kemalangan jalan raya membabitkan sekumpulan pelajar institusi itu yang menaiki sebuah bas persiaran di kawasan Gerik, Perak, awal pagi tadi.

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan, pihak UPSI memaklumkan bahawa tindakan susulan sedang diambil, termasuk menyelaras maklumat berkaitan insiden serta memberikan bantuan kepada mangsa dan waris yang terlibat.

“Pihak universiti telah membuka bilik gerakan khas bagi menyalurkan maklumat semasa dan memudahkan urusan waris yang terkesan. Orang ramai boleh menghubungi talian 05-450 7148 (Pejabat) atau 019-571 9977 (Hotline) untuk sebarang pertanyaan,” menurut kenyataan tersebut.

UPSI turut menzahirkan komitmen untuk memastikan kebajikan pelajar sentiasa menjadi keutamaan dan akan terus memberikan bantuan serta sokongan sewajarnya kepada keluarga mangsa.

Terdahulu, media melaporkan sekurang-kurangnya 15 individu disahkan maut dalam kemalangan tragik melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar UPSI dan sebuah kereta Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan yang meragut banyak nyawa itu.

BACA JUGA:  Edika Yusof dan Isteri dalam proses perceraian
Danial Firdaus
Danial Firdaus
danialfirdaus@portalmyberita.com

TRENDING

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...