Jumaat | 18/09/2026 | 1:58:07 pm
HomeJenayahRemaja 17 tahun tikam adik ipar tiga kali ketika tidur, dipercayai bawah...

Remaja 17 tahun tikam adik ipar tiga kali ketika tidur, dipercayai bawah pengaruh dadah

BATU PAHAT – Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dipercayai berada di bawah pengaruh dadah bertindak menikam adik iparnya tiga kali ketika mangsa sedang tidur dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Desa Sri Banang, Minyak Beku, awal pagi semalam.

RINGKASAN BERITA
  • Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mangsa berusia 18 tahun mengalami kecederaan parah termasuk kesan tikaman di bahagian dada dan belakang sehingga mencederakan…
  • Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan mangsa kini masih menerima rawatan di Hospital Sultanah…
  • Menurut beliau, keadaan mangsa dilaporkan stabil dan polis masih menunggu perkembangan lanjut sebelum keterangannya dapat direkodkan bagi membantu siasatan.
  • Berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai menggunakan sebilah pisau sepanjang kira-kira 14.5 sentimeter dalam serangan tersebut.
Ringkasan automatik berdasarkan laporan MYBERITA.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mangsa berusia 18 tahun mengalami kecederaan parah termasuk kesan tikaman di bahagian dada dan belakang sehingga mencederakan paru-parunya.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan mangsa kini masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

Menurut beliau, keadaan mangsa dilaporkan stabil dan polis masih menunggu perkembangan lanjut sebelum keterangannya dapat direkodkan bagi membantu siasatan.

Berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai menggunakan sebilah pisau sepanjang kira-kira 14.5 sentimeter dalam serangan tersebut.

Difahamkan, sehari sebelum kejadian, mangsa terbabit dalam pertengkaran dengan isterinya yang berusia 14 tahun dan juga adik kepada suspek.

Pertengkaran kira-kira pukul 5 petang itu turut disaksikan suspek, namun remaja berkenaan dikatakan hanya berdiam diri dan tidak masuk campur.

Suspek kemudiannya pulang ke Rengit sebelum kembali ke rumah berkenaan pada malam sama tanpa disedari ahli keluarga lain.

Ketika mangsa sedang nyenyak tidur, suspek dipercayai menendangnya sehingga terjaga sebelum bertindak menikam mangsa sebanyak tiga kali.

Kejadian itu dipercayai tidak disedari ahli keluarga lain yang turut berada di dalam rumah kerana mereka sedang tidur.

Suspek kemudian melarikan diri, manakala mangsa yang mengalami kecederaan parah dibawa ibu mentuanya ke HSNI untuk mendapatkan rawatan.

Pihak hospital kemudiannya membuat laporan polis selepas menerima mangsa dengan kesan tikaman pada badan.

Susulan laporan itu, polis menjalankan siasatan sebelum menahan suspek kira-kira pukul 12.30 tengah hari di sebuah kedai menjual barangan terpakai, tempat remaja berkenaan bekerja sebagai pembantu.

Suspek hari ini dibawa ke Mahkamah Majistret dan diperintahkan menjalani tahanan reman selama tujuh hari selepas permohonan polis dibenarkan Majistret Mustaqim Sukarno.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata atau benda berbahaya,” kata Shahrulanuar.

Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian serta melengkapkan kertas siasatan.

Sumber: KOSMO
Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
Penulis dan wartawan MYBERITA yang memberi perhatian kepada berita nasional, komuniti serta perkembangan semasa di seluruh negara.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Jumaat, 18 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
TERKINI
Baru sahaja
|