Selasa | 06/10/2026 | 8:20:28 am
HomeBisnesBentoree, NIMS tembusi pasaran arus perdana, jualan melonjak menerusi rangkaian peruncitan moden

Bentoree, NIMS tembusi pasaran arus perdana, jualan melonjak menerusi rangkaian peruncitan moden

KUALA LUMPUR – Bermula dengan operasi serba manual dan menjual produk keluaran pihak lain ketika masih bergelar pelajar, dua perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan kini berjaya membawa jenama masing-masing menembusi pasaran lebih luas termasuk ke luar negara.

Bentoree dan NIMS Crispy Chocotub antara jenama tempatan yang berkembang menerusi sektor peruncitan moden selepas bekerjasama dengan Lotus’s Malaysia, sekali gus membuka ruang kepada peningkatan keterlihatan jenama, kapasiti pengeluaran dan akses pengguna.

Malah, Bentoree berjaya merekodkan peningkatan jualan sebanyak 15 peratus antara Disember 2025 hingga Mei lalu berbanding tempoh enam bulan sebelumnya selepas produknya mendapat penempatan strategik di lebih 70 cawangan Lotus’s serta sokongan aktiviti promosi.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 6 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|