SEREMBAN – Raja Norazli Raja Nordin ditamatkan perkhidmatannya sebagai Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan berkuat kuasa serta-merta, selain diarahkan menyerahkan semua dokumen rasmi termasuk fail sulit dan mengosongkan pejabatnya.
- Arahan itu terkandung dalam warkah bertarikh 17 September 2026 yang dikeluarkan oleh Tuanku Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Ja’afar dengan menggunakan gelaran Yang di-Pertuan Besar…
- Menurut warkah berkenaan, keputusan tersebut dibuat dengan menjalankan kuasa di bawah Perkara 25 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.
- Susulan penamatan itu, Raja Norazli dititahkan supaya berhenti serta-merta daripada menjalankan sebarang fungsi dan tugas serta tidak lagi membuat representasi rasmi atas nama DKU.
- Warkah berkenaan turut menegaskan bahawa penamatan tersebut tidak menjejaskan hak untuk mengambil sebarang tindakan yang difikirkan wajar berhubung tindak-tanduk Raja Norazli sepanjang menjalankan tugas…
Arahan itu terkandung dalam warkah bertarikh 17 September 2026 yang dikeluarkan oleh Tuanku Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Ja’afar dengan menggunakan gelaran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Menurut warkah berkenaan, keputusan tersebut dibuat dengan menjalankan kuasa di bawah Perkara 25 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.
Susulan penamatan itu, Raja Norazli dititahkan supaya berhenti serta-merta daripada menjalankan sebarang fungsi dan tugas serta tidak lagi membuat representasi rasmi atas nama DKU.
Beliau turut diarahkan menyerahkan semua dokumen rasmi DKU termasuk fail sulit, minit mesyuarat, kod akses pejabat dan harta milik badan berkenaan sebelum mengosongkan Pejabat Setiausaha DKU.
Warkah berkenaan turut menegaskan bahawa penamatan tersebut tidak menjejaskan hak untuk mengambil sebarang tindakan yang difikirkan wajar berhubung tindak-tanduk Raja Norazli sepanjang menjalankan tugas atau membawa diri sebagai Setiausaha DKU.
“Warkah penamatan ini tidaklah memprejudiskan sebarang hak Beta, mahupun DKU untuk mengambil sebarang tindakan yang difikirkan wajar atas tindak tanduk saudara selama menjalankan kewajipan, mahupun membawa diri sebagai Setiausaha DKU,” menurut warkah berkenaan.
Perkembangan terbaharu itu berlaku pada hari sama Raja Norazli, dalam kapasiti Setiausaha DKU, mengeluarkan kenyataan bahawa DKU menegaskan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir kekal sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Yang Dipertua DKU.
Kemelut berhubung kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ketika ini melibatkan pendirian dan tuntutan yang dipertikaikan oleh pihak-pihak berkaitan, termasuk mengenai kesan perlembagaan serta undang-undang sesuatu proklamasi.
