KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bakal menjalani baki hukumannya di rumah selepas Mesyuarat Lembaga Pengampunan memperkenankan pengampunan bersyarat terhadap beliau.
- Keputusan itu menyaksikan Najib dibenarkan menjalani baki hukuman secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, sekali gus mengubah tempat beliau menjalani hukuman yang sebelum…
- Bagaimanapun, pengampunan bersyarat itu tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta selain beliau perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
- Perkembangan terbaharu itu hadir selepas Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya mengadakan mesyuarat di Istana Negara pagi tadi bagi mempertimbangkan permohonan…
- Permohonan Najib sebelum ini ditangguhkan ketika Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-63 pada 11 September lalu sebelum perkara berkenaan dipertimbangkan semula dalam mesyuarat hari ini.
Keputusan itu menyaksikan Najib dibenarkan menjalani baki hukuman secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, sekali gus mengubah tempat beliau menjalani hukuman yang sebelum ini dilaksanakan di Penjara Kajang.
Bagaimanapun, pengampunan bersyarat itu tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta selain beliau perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Perkembangan terbaharu itu hadir selepas Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya mengadakan mesyuarat di Istana Negara pagi tadi bagi mempertimbangkan permohonan pengampunan Najib.
Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar.
Permohonan Najib sebelum ini ditangguhkan ketika Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-63 pada 11 September lalu sebelum perkara berkenaan dipertimbangkan semula dalam mesyuarat hari ini.
Untuk rekod, Najib mula menjalani hukuman di Penjara Kajang pada 23 Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan terhadapnya berhubung penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.
Beliau pada asalnya dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta sebelum Lembaga Pengampunan pada 2024 mengurangkan hukuman penjara kepada enam tahun serta denda kepada RM50 juta.
Berita selanjutnya menyusul.
