Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN – Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menegaskan dakwaan yang mengaitkan bapa suspek dalam kes pembunuhan seorang pelajar kolej di Ketereh dengan pihak polis adalah tidak benar dan palsu.

Beliau berkata, tiada mana-mana suspek yang mempunyai hubungan dengan polis mahupun keluarga anggota polis seperti yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

“Saya ingin menegaskan dengan jelas bahawa tiada suspek yang mempunyai kaitan dengan polis atau keluarga mereka. Dakwaan itu tidak benar,” katanya ketika kepada media hari ini.

Menurut beliau, penjelasan mengenai dakwaan berkenaan sebelum ini telah dikeluarkan oleh Ketua Polis Kelantan, Ketua Polis Daerah Kota Bharu serta pihak Bukit Aman bagi memperbetulkan persepsi masyarakat.

Dalam perkembangan sama, Ayob Khan memaklumkan dua suspek warga emas yang ditahan bagi membantu siasatan telah dibebaskan, manakala dua lagi suspek berusia 19 tahun disambung reman sementara menunggu arahan lanjut daripada Pejabat Peguam Negara (AGC).

“Kami sedang menunggu arahan untuk tindakan lanjut. Siasatan mestilah diselesaikan sepenuhnya sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya lagi.

Beliau turut menegaskan siasatan dijalankan secara profesional dan tegas mengikut prosedur operasi standard tanpa dipengaruhi status atau latar belakang mana-mana individu yang terlibat.

Dalam pada itu, Ayob Khan menggesa orang ramai serta pihak media supaya menyemak fakta terlebih dahulu sebelum menyebarkan maklumat atau membuat spekulasi terhadap kes sensitif.

“Saya mengesyorkan bukan sahaja orang ramai, tetapi juga media supaya membaca dan memahami fakta penuh sebelum membuat kesimpulan,” ujarnya.

Beliau berkata, terdapat ramai pengguna media sosial yang memberikan reaksi hanya berdasarkan tajuk berita tanpa membaca laporan penuh sehingga mencetuskan pelbagai salah faham.

BACA JUGA:  Laluan MRT Putrajaya kembali beroperasi seperti biasa – Rapid KL

Mangsa dalam kes tersebut merupakan seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun yang ditemukan maut di Kampung Padang Simah, Ketereh, Kelantan dengan 61 kesan tikaman pada badan.

Polis percaya mangsa dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan penemuan. Empat individu sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan termasuk ibu bapa kepada salah seorang suspek, namun pasangan warga emas terbabit kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...

“Pahang wajar diberi layanan saksama” – Tengku Hassanal

KUANTAN - Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan harapan...

Pemandu van didakwa pandu melulu hingga ragut nyawa kanak-kanak mengaku tidak bersalah

BATU PAHAT - Seorang pemandu van mengaku tidak bersalah...