KUALA LUMPUR – Lebih lapan juta isi rumah bakal menerima bil elektrik lebih rendah mulai September ini susulan peluasan perlindungan kepada pengguna domestik yang menggunakan sehingga 800 kilowatt-jam (kWj) sebulan.
- Langkah itu membolehkan pengguna menikmati penjimatan sehingga kira-kira RM47 sebulan atau hampir 13 peratus, bergantung kepada jumlah penggunaan elektrik masing-masing.
- Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Ir.
- Shamsul Ahmad berkata, penjimatan itu terhasil menerusi pengecualian tiga komponen iaitu Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA), cukai jualan dan perkhidmatan (SST) lapan…
- Menurutnya, jumlah penjimatan tidak sama bagi setiap pengguna kerana ia bergantung kepada kadar penggunaan elektrik bulanan.
Langkah itu membolehkan pengguna menikmati penjimatan sehingga kira-kira RM47 sebulan atau hampir 13 peratus, bergantung kepada jumlah penggunaan elektrik masing-masing.
Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Ir. Ts. Shamsul Ahmad berkata, penjimatan itu terhasil menerusi pengecualian tiga komponen iaitu Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA), cukai jualan dan perkhidmatan (SST) lapan peratus serta caj peruncitan RM10.
“Sebagai contoh, pengguna dengan penggunaan sekitar 800kWj sebulan akan menikmati pengurangan bil kira-kira RM47 bergantung kepada kadar dan komponen caj yang terpakai,” katanya dalam taklimat bersama media, hari ini.
Menurutnya, jumlah penjimatan tidak sama bagi setiap pengguna kerana ia bergantung kepada kadar penggunaan elektrik bulanan.
Perlindungan tambahan itu berkuat kuasa bagi penggunaan elektrik mulai September hingga 31 Disember 2026, manakala pengurangan bagi penggunaan bulan ini akan dikreditkan dalam bil Oktober.
Peluasan had daripada 600kWj kepada 800kWj sebulan itu dijangka meliputi kira-kira 90 peratus pengguna domestik TNB, selain membawa masuk lebih sejuta pengguna tambahan ke bawah perlindungan berkenaan.
Terdahulu, kerajaan mengumumkan peluasan perlindungan subsidi bil elektrik daripada penggunaan 600kWj kepada 800kWj sebulan sebagai antara langkah menangani tekanan kos sara hidup rakyat.
Dalam perkembangan berkaitan, TNB sebelum ini menjelaskan bahawa AFA merupakan mekanisme dua hala yang menyelaraskan perubahan kos bahan api dan kadar pertukaran mata wang asing serta bukan caj tambahan baharu yang disalurkan sebagai keuntungan kepada syarikat itu.
