KUALA PILAH – Polis memperketat kawalan keselamatan di seluruh Negeri Sembilan susulan perkembangan kemelut semasa berkaitan adat dan institusi diraja negeri itu, dengan ketenteraman awam menjadi keutamaan ketika ini.
- Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya mengikuti situasi dari semasa ke semasa dan memberi perhatian lebih terhadap keselamatan di kawasan berkaitan.
- Beliau pada masa sama meminta masyarakat supaya bersabar dan memberi ruang kepada perkara berkenaan diselesaikan menerusi saluran undang-undang serta proses yang ditetapkan.
- Alzafny berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti, hari ini.
- Terdahulu, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan bersama lebih 500 jemaah.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya mengikuti situasi dari semasa ke semasa dan memberi perhatian lebih terhadap keselamatan di kawasan berkaitan.
“Keutamaan kita adalah ketenteraman awam dan keselamatan semua pihak. Jadi apabila berlaku perkara ini, kita sentiasa memberikan perhatian lebih dan kita perketat semua kawalan keselamatan di setiap kawasan,” katanya.
Beliau pada masa sama meminta masyarakat supaya bersabar dan memberi ruang kepada perkara berkenaan diselesaikan menerusi saluran undang-undang serta proses yang ditetapkan.
“Saya mengharapkan masyarakat supaya bersabar serta mengharapkan penyelesaian berlaku mengikut lunas undang-undang dan proses yang berlandaskan setiap undang-undang yang ada di Malaysia,” katanya.
Alzafny berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti, hari ini.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan bersama lebih 500 jemaah. Baginda turut diiringi kedua-dua anakanda, Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tunku Panglima Besar Tunku Zain Al-’Abidin Tuanku Muhriz.
