Datang dengan isteri dan anak, peniaga dedah helah lelaki curi ‘tester’ minyak wangi

KUALA LUMPUR – Seorang peniaga mendedahkan taktik licik seorang lelaki yang dipercayai mencuri ‘tester’ minyak wangi berjenama di sebuah pusat beli-belah terkenal di Mid Valley, dengan menggunakan kehadiran isteri dan anak sebagai helah untuk mengalih perhatian pekerja kedai.

Pendedahan itu dikongsikan menerusi satu hantaran di platform Threads oleh pemilik akaun Tyalavida, yang mendakwa suspek bukan sahaja datang sekali, malah berulang kali ke premis perniagaannya dengan modus operandi yang sama sebelum melarikan barangan terbabit.

Menurut peniaga berkenaan, lelaki tersebut didakwa akan membiarkan isteri dan anak berada di bahagian hadapan kedai bagi menarik perhatian kakitangan, sementara dia bertindak mengambil ‘tester’ minyak wangi tanpa disedari.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya memiliki rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) sebagai bukti kejadian itu dan tidak menolak kemungkinan terdapat peniaga lain yang turut menjadi mangsa.

Perkara itu turut disokong seorang lagi peniaga, Khaleda Idrus, yang mendakwa kedainya juga menjadi sasaran individu sama. “Tolong sesiapa yang mengenali keluarga ini, sila hubungi saya melalui DM. Kedai kami turut menjadi sasaran apabila dia mencuri ‘tester’,” katanya di ruangan komen.

Isu berkenaan mencetuskan reaksi pelbagai dalam kalangan netizen yang rata-rata mengecam perbuatan lelaki tersebut, menyifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab dan memalukan, apatah lagi melibatkan ahli keluarga dalam perbuatan tidak bermoral.

Seorang pengguna media sosial, Aehomesdecor, berkata individu terbabit kelihatan hidup sederhana dan berkemampuan, namun tetap memilih untuk mencuri. Sementara itu, Mshoneyjourney berpendapat kemungkinan isteri dan anak lelaki berkenaan tidak mengetahui perbuatan sebenar yang dilakukan.

Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada laporan polis telah dibuat, namun peniaga terlibat berharap pendedahan itu dapat memberi peringatan kepada peniaga lain agar lebih berwaspada serta mengelakkan kejadian sama daripada berulang.

BACA JUGA:  Suhu panas cecah 37 selsius di beberapa negeri
Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...