Selasa | 06/10/2026 | 8:30:25 am
HomeJenayahMinta 'duit kopi' RM200 lepas pulangkan iPhone curi, lelaki dipenjara empat bulan

Minta ‘duit kopi’ RM200 lepas pulangkan iPhone curi, lelaki dipenjara empat bulan

MELAKA – Helah seorang lelaki yang berpura-pura menjadi ‘penyelamat’ selepas memulangkan telefon bimbit milik seorang wanita sebelum meminta ‘duit kopi’ RM200 akhirnya membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini.

Majistret Uthman Abd. Ghani menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhhamad Nazirul Jasmi, 33, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan pemerasan terhadap wanita berusia 36 tahun berkenaan.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara tersebut berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap pada 3 September lalu.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 6 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|