Selasa | 06/10/2026 | 8:00:23 am
HomeBisnesDadah dijual 'online', MCMC diarah bertindak tegas

Dadah dijual ‘online’, MCMC diarah bertindak tegas

PUTRAJAYA – Ancaman dadah kini tidak lagi terhad kepada penjualan secara konvensional apabila platform e-dagang dan pasaran dalam talian dikesan menjadi saluran baharu untuk mengedar bahan terlarang termasuk dadah sintetik mengandungi campuran Fentanyl.

Perkembangan membimbangkan itu mendorong kerajaan mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan tegas terhadap sebarang penyalahgunaan platform digital bagi aktiviti berkenaan.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, isu itu perlu diberi perhatian serius kerana kemudahan membeli barangan secara dalam talian berpotensi disalahgunakan untuk membolehkan dadah sampai kepada masyarakat termasuk golongan muda dan penduduk di luar bandar.

Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
Penulis dan wartawan MYBERITA yang memberi perhatian kepada berita nasional, komuniti serta perkembangan semasa di seluruh negara.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 6 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|