Khamis | 15/10/2026 | 10:19:27 pm
HomeEkonomiJangan biarkan RM100 itu hangus begitu sahaja

Jangan biarkan RM100 itu hangus begitu sahaja

KUALA LUMPUR – Menjelang 31 Disember 2025, penting bagi setiap penerima Bantuan Sara RM100 memastikan wang itu dibelanjakan sebelum ia luput tanpa memberi sebarang manfaat.

Kedengaran ringkas, namun isu ini sebenarnya membuka ruang kepada perbincangan lebih besar tentang keutamaan perbelanjaan rakyat dan sejauh mana keberkesanan bantuan tunai jangka pendek.

Program bantuan ini diwujudkan untuk meringankan tekanan kos sara hidup, khususnya bagi mereka yang berada dalam kelompok berpendapatan rendah. Dalam situasi ekonomi yang tidak menentu, nilai RM100 mungkin tidak sebesar mana, tetapi bagi sesetengah keluarga, ia cukup untuk menambah stok barangan dapur, menampung perbelanjaan harian atau sekurang-kurangnya mengurangkan beban satu minggu.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Khamis, 15 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|