Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu tular membabitkan persembahan teater yang didakwa tidak sopan dalam satu pertandingan anjurannya baru-baru ini.

UM dalam satu kenyataan hari ini menegaskan bahawa setiap persembahan teater di institusi pengajian tinggi perlu dilaksanakan secara beretika serta tidak mengandungi unsur yang boleh menjejaskan nilai moral dan keagamaan.

Menurut universiti itu, hasil penelitian mendapati adegan yang dipersembahkan tidak selaras dengan skrip asal yang telah melalui proses tapisan sebelum ini, sekali gus berlaku pelanggaran terhadap garis panduan pertandingan yang ditetapkan.

“Perkara ini jelas merupakan satu pelanggaran terhadap syarat pertandingan yang telah ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Susulan itu, UM memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku dan menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak terlibat, selain tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pelanggaran peraturan.

Terdahulu, satu video tular di media sosial memaparkan adegan didakwa kurang sopan dalam pementasan teater dipercayai sebahagian daripada Karnival Teater (Karviter) anjuran UM.

Bagaimanapun, persembahan berkenaan telah diputuskan sebagai tidak layak, manakala tindakan susulan sedang dijalankan bagi memperkukuh pemantauan agar insiden sama tidak berulang.

BACA JUGA:  Dua wanita Malaysia ‘join’ Running Man, bantu selesaikan misi secara spontan
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...